Pendedahan Radiasi Handphone
Sedar atau tidak, isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ke atas pengguna sudah lama dibincangkan, dan adakalanya ia dikaitkan dengan permasalahan kesihatan. Namun begitu, para saintis percaya bahawa jenis sinaran yang dipancarkan oleh handphone dan menara pencawang adalah tidak berbahaya kepada kesihatan kerana ia bukan mengion, seperti tenaga nuklear yang berbahaya. Mungkin isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ini masih lagi dipertikaikan tanpa kesudahan oleh banyak pihak sehingga kini. Apa pun pertikaian yang timbul, kita sebagai pengguna yang tidak lepas daripada menggunakan handphone dalam kehidupan seharian perlulah mengambil langkah pencegahan untuk mengatasinya. Ada garis panduan asas yang boleh anda praktikkan ketika menggunakan handphone:- CARA MENGATASINYA?! 1. Kurangkan perbualan Cara paling mudah untuk anda ikuti bagi mengelakan pendedahan radiasi adalah mengurangkan masa berbual menggunakan handphone. Hadkan pen...