Jika Dia Jodohku, Pertemukan Kami Di Waktu Yang Tepat
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. Mungkin Allah mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dan menguji rasa cinta antara kita. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang yang kita cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah. Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk kita. Tidak mudah, kita perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika sidia memang jodoh kita, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan kita. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik kita. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepa...