Jika Dia Jodohku, Pertemukan Kami Di Waktu Yang Tepat
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang
telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin!
Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah
tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita.
Mungkin Allah
mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dan menguji rasa
cinta antara kita. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh”
sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang
yang kita cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang
baik untuk kita. Tidak mudah, kita perlu menjadi seseorang yang
sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika sidia memang jodoh kita, tiada satu manusia
pun dapat halang dia menikah secara sah dengan kita. Tapi jika bukan, buatlah macam mana
pun, dia tetap bukan milik kita.
Jalan penyelesaian yang
baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang
mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang
memberikan kebahagiaan kepada semua hamba-hamba Nya. Mintalah kepada-Nya sedikit kebahagiaan,
InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah,
kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul.
Dia akan membantu kita dalam membuat keputusan.
Jika kita dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang
berbeza untuk kita, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapikan Allah
itu Maha Mengetahui. Sakit yang kita rasa
sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk kita di
masa akan datang nanti InsyaAllah.
Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memanglah milik Allah,
tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah
benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata
jodoh tak perlu di cari, tetapi ia datang sendiri.
Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana?Persiapkan diri kita menjadi seseorang
yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang
tidak kira lelaki dan perempuan,
asalkan kita tahu batas-batasnya dan luaskanlah pandangan terhadap kehidupan. Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh kita sudah ditentukan.
Hiduplah dengan normal
dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga batas,
itu sudah mencukupi. Tidak mustahil kita akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari
situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa2.
Mungkin kita adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam.
Kita mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang
kita perlu lakukan? Duduk diam? Salah
tu. Sekurang kurangnya kita harus mencuba. Tak cuba tak tahukan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada
Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang yang
kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah
menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersamanya selama lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang
ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodohni.
InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang
penting cubalah dulu. Jangan awal2 dah putus asa.
Jodoh itu milik Allah,
tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di
dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang
dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah,
kita tak layak mempersoalkannya.
Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman
yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu,
jagalah elok2. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun,
belajarlah cara untuk mempertahankan rumahtangga kita nnt. Allah
telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang terlalu berharap takdapat,
tapi kita akan disatukan.
Kenapa kena sia2 kan? Jaga hubungan elok2 . Hargai apa
yang ada sekarang. penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah
walau pun ianya tidak salah.
Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit,
tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba.
Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi.
Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang
terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.
Ulasan
Catat Ulasan