Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Tali leher sememangnya mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, sama sepertimana pakaian yang lain. anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher yang sesuai dengan trend sekarang, tetapi agar tidak salah tampil di khalayak ramai, anda perlu mengetahui warna dan corak tali leher yang dipakai agar tidak salah tafsir oleh orang sekeliling anda!


Warna di sebalik tali leher:

BIRU

Warna yang paling popular sepanjang masa, sebagai simbol  ketulusan hati, tenang yang terbaik. Warna ini juga dapat menggambar sifat sebenar anda yang jujur, rajin dan selalu merendah diri. Secara psikologinya pula, warna ini mampu memberi ketenangan kepada si pemakainya,

MERAH & OREN

Merah dan oren adalah warna yang hanya dipakai oleh mereka yang dikatakan berani kerana biasanya warna ini selalu dikaitkan dengan mereka yang begitu komited pada cinta dan kerjayanya. Bukan itu sahaja, mereka juga pandai menonjolkan keberanian tidak kira dalam apa jua situasi serta berani mengutarakan pendapat.

KUNING

Si jejaka yang suka memakai tali leher berwarna kuning merupakan seorang yang happy go lucky, selalu mengambil berat mengenai keluarga mahupun kawan serta senang menyesuaikan diri walaupun ketika bersama dengan orang yang baru dikenali. Kerana sifatnya yang  sentiasa ceria, ramai yang tidak mengetahui masalah yang mereka hadapi.

HIJAU

Hijau melambangkan keperibadian seorang seorang yang sukar untuk ditafsirkan kerana mereka mempunyai personaliti yang selalu berubah mengikut keadaan dan waktu. Biasanya mereka yang sukakan warna sebegini merupakan seorang yang berwawasan tinggi, akan berusaha sehingga berjaya untuk mendapatkan sesuatu dan juga seorang yang jujur dalam menjalankan tugasan.

COKLAT

Jika dilihat dari warnanya, coklat bukanlah popular yang selalu dipakai oleh golongan lelaki terutamanya remaja. Tetapi tahukah anda warna ini menggambarkan sifat keperibadian seorang yang pandai mencari duit dan workaholic. Walaupun mereka kurang mempunyai kawan, itu tidak bermakna mereka bermasalah.Kadang-kadang kesibukan kerja membuatkkan golongan ini tidak punya masa untuk bersama teman-teman.

HITAM

Secara autanya, warna hitam selalu dikaitkan dengan warna yang bosan dan juga simbol kedukaan. Tetapi tali leher warna hitam akan kelihatan elegan serta mudah untuk dipadankan dengan kemeja dari warna apa sekalipun. sebenarnya warna hitam mampu memberikan kesan kepada si pemakainya sebagai seorang yang mempunyai wawasan tinggi, amanah dan setia dalam percintaan ataupun persahabatan.

KELABU

Sama sepertimana warna hitam, warna ini juga kurang mendapat perhatian kaum lelaki, mungkin kerana warnanya yang kurang menyerlah. Namun begitu, warna ini juga mempunyai daya tarikan tersendiri kerana ia menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Mereka akan berusaha sedaya upaya tanpa meminta pertolongan orang lain kerana apabila perkara yang dihajati sudah tercapai, mereka akan berasa puas.

Corak di sebalik tali leher:

Bergaris

Biasanya golongan yang suka memakai tali leher mempunyai corak bergaris, mereka tergolong dalam golongan yang berperwatakkan konservatif, teratur dalam membuat tugasan, boleh diharapkan untuk menjaga / mengacarakan sesuatu program, happy go lucky dan juga seorang teman yang menghiburkan.

Polkadot

Hanya mereka yang berani sahaja akan memilih tali leher dari corak ini dan biasanya lebih banyak di pakai oleh pelawak. Ini ke3rana corak polkadot berjaya menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar dan kecil pastinya mampu membuatkan orang yang memandangnya tersenyum.


Bercorak

Corak gelombang petak pula menggambarkan mereka yang sukakan kebebasan dan kedamaian. Reka bentuk paisley menggambarkan mereka yang memakainya seorang yang kreativiti dan relaks.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Panduan Memahami Pasangan