Cerita Ringkas Kerana Di Paksa

Assalamualaikum, pembaca? Jawap salam di ruang comment(HAHAHA)

Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat


Sekian lama menanti suatu jawapan doa yang pernah di langitkan dahulu, kini(tarikh cerita diterbitkan) Allah menjawap satu persatu doa-doa itu, kerana Allah tahu waktu yang tepat untuk memakbulkan sesuatu doa. Sangkaan pertama adalah pasti Allah akan makbulkan untuk aku, walaupun permulanya. Diri aku tidak menerima situasi seperti itu. Kini aku faham mengapa Allah berkehendak untuk aku melalui fasa-fasa seperti itu, kesusahan, rasa yang melelahkan, penuh dengan prasangka negatif. Hanya satu tujuan Allah kepada diri aku, itulah tujuannya mendekatkan aku dengan Pencipta.

    Setiap percintaan aku yang belum pasti, dan berhujung perpisahan, aku menitipkan doa dalam setiap perkenalan itu, yang pertama doa untuk pasangan yang belum halal bagiku, dan doa yang sama juga untuk jodoh yang sudah tertulis untuk ku. Seandainya pasangan yg bersama aku itu adalah jodohku maka Allah akan kirimkan 2x perlindungan padanya. Dan seandainya pasangan yang bersama aku itu bukan tertulis untuk aku, maka dia akan dapat 1 doa dari ku, dan 1 lagi seseorang yang sudah tertulis untuk  aku.

    Sedang aku dengan dunia percintaan terlarang, aku meminta Allah agar jaga jodoh aku supaya tidak bercinta atau couple dengan lelaki yang salah. Kasihan diri aku yang selalu patah hati, kemudian aku minta pada Allah untuk jaga hati jodoh aku agar tidak dipermainkan. walaupun aku sudah hampir putus asa dan kecewa masih juga ingin menjalinkan cinta terlarang, kadang aku bertanya sendiri "Adakah jodoh aku ada menyebut ayat ini 'jodoh aku tengah sesat jaga jodoh org lain' kata-kata itu ibarat satu doa dan Allah makbulkan"

    Suatu ketika aku tidak lagi berkeinginan mencari sesiapa, memikirkan tentang jodoh memeningkan kepala dan berharap dia datang dengan sendirinya. Yang memang dari mula aku jadi banyak berfikir, bagaikan berhalusinasi, kepala aku terlalu bising. Merasa apa yang aku alami adalah kekurangan diri yang perlu aku atasi, supaya tidak menggangu hubungan halal ku nanti. Yang aku merasa macam mana orang lain nak terima diri aku, sedang aku masih dalam permasalahan tak dapat nak dicerita pada orang lain.

    Allah maha mendengar, Allah dengar cerita hati aku, yang tidak terluah dilidah. Agak lama untuk aku nak fahami apa yang Allah takdirkan, sehingga Allah datangkan ceramah agama teguran dan nasihat. Ya Allah, yang sampai pada aku sesuai dengan apa yang sedang dihadapi sekarang. Sampai satu tahap terdetik di hati Ya Allah, nak lagi. Tetiba aku salahkan diri aku sendiri mungkin salah berdoa. Sebab minta 'nak lagi' Allah makbul doa aku, Allah datangkan masalah(pada pandangan aku manusia) kemudian Allah datang kan ceramah yang sesuai.


Sekian sahaja Terima Kasih.
Salah, silap dan terkurang minta ditegur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

20 Tanda Seseorang Adalah Jodoh

X mesej, X call, X tegur, TP