Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

AQUARIUS (21 Januari - 19 Februari) Perwatakan Seorang yang berfikiran positif, sukakan sesuatu yang unik, suka bersosial, peramah, suka berdikari, sensitif, romantik, setia, bercita-cita tinggi, pandai mengambil hati dan cemburu. Tips untuk memikat Senang jer nak pikat golongan ini, anda hanya perlu berpakaian cantik dan glamour, pasti si dia asyik nak berkepit dengan anda jer. Elakkan Lelaki Aquarius ini cepat bosan dengan orang, sebelum dia tinggalkan anda, lebih baik anda tinggal mereka terlebih dahulu. PISCES (20 Februari - 20 Mac) Perwatakan Segak, bergaya, ngada-ngada, perasan, tidak suka mengikut arahan orang lain, ego, gemarkan aktiviti lasak, bersukan, jujur, setia, suka berkawan, sukakan hiburan, bijak dan romantik. Tips untuk memikat Jejaka pisces pula sukakan perempuan yang tahan lasak dan gemar bersukan, jadi untuk memikat golongan ini, anda mesti mempunyai hobi yang sama dengannya... Elakkan Mereka sangan anti dengan wanita yang manja dan terlalu b...

Cara untuk menghilangkan jerawat

Petua 1 CAMPURKAN air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Petua 2 CAMPURKAN beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi. Petua 3 GILING beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang . Petu...

Rahsia Warna Lipstik

Pemilihan warna lipstik selalunya terpulang kepada citarasa individu masing-masing dan tahukah anda di sebalik warna pilihan tersebut, ia melambangkan sikap dan peribadi yang tersendiri? Sering kali kita dengar hanya gadis berani selalunya memilih warna yang terang atau garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penanpilan dirinya, malah ada juga yang mendakwa lipstik berwarna merah akan menambah lagi seri wajah si pemakainya. Namun begitu, tidak kurang yang menggemari lipstik berwarna lembut seperti merah jambu, coklat, ungu dan ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Untuk mengetahui apakah rahsia di sebalik warna lipstik ini, apa kata kita baca sama-sama... 1. LIP GLOSS Lip gloss sering menjadi pilihan mereka yang ingin kelihatan simple kerana hadir dengan warna natural ataupun mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap kelihatan cantik dan menawan kepada si pemakainya. Personaliti: Si pemakainya juga cukup senang kerana mereka gemarkan kehidup...