Cara untuk menghilangkan jerawat

Petua 1

CAMPURKAN air limau nipis dengan satu sudu minyak

masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke

seluruh muka anda.

Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara .

Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam

keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk

atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu .

Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda.

Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang

berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh

dengan air biasa.

Petua 2

CAMPURKAN beberapa sudu tepung ubi kayu dengan

air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda .

Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan

bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah

cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

GILING beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan

adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur

sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya ,

titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka

menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

AMBIL 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar

bunga cina dan akar kitam guri serta seketul

kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini

, memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini

diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke

muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga

dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir

daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga

dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama

kemenyan tadi .

Petua 5

PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian

campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4

suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit

asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk

lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati,

kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali ,

kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan

petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

AMBIL sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit

hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan

asam jawa dan sedikit air .

Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh

muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian

ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih . Jika

selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi

jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

PARUT jagung muda dan sapukan ke muka anda .

Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih

. Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda

tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

BASUH muka dengan air suam , kemudian gosoklah

muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri

. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua 9

AMBIL air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke

seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-

gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air

bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air

suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu

berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka

anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

GILING sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun

asam jawa , beberapa y bunga mawar

sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam

. Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga

kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air

dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma

kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah