Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

AQUARIUS
(21 Januari - 19 Februari)
Perwatakan
Seorang yang berfikiran positif, sukakan sesuatu yang unik, suka bersosial, peramah, suka berdikari, sensitif, romantik, setia, bercita-cita tinggi, pandai mengambil hati dan cemburu.
Tips untuk memikat
Senang jer nak pikat golongan ini, anda hanya perlu berpakaian cantik dan glamour, pasti si dia asyik nak berkepit dengan anda jer.
Elakkan
Lelaki Aquarius ini cepat bosan dengan orang, sebelum dia tinggalkan anda, lebih baik anda tinggal mereka terlebih dahulu.


PISCES
(20 Februari - 20 Mac)
Perwatakan
Segak, bergaya, ngada-ngada, perasan, tidak suka mengikut arahan orang lain, ego, gemarkan aktiviti lasak, bersukan, jujur, setia, suka berkawan, sukakan hiburan, bijak dan romantik.
Tips untuk memikat
Jejaka pisces pula sukakan perempuan yang tahan lasak dan gemar bersukan, jadi untuk memikat golongan ini, anda mesti mempunyai hobi yang sama dengannya...
Elakkan
Mereka sangan anti dengan wanita yang manja dan terlalu bergantung kepada lelaki!

ARIES

(21 Mac - 20 April)
Perwatakan
Seorang yang mendengar kata (anak mak), bijak sana, mempunyai masa depan yang cerah, suka menolong mereka yang dalam kesusahan, sensitif, romantik dam mengambil berat.
Tips untuk memikat
Bagus untuk wanita bertudung kerana jejaka aries sukakan wanita sopan santun, budi pekerti yang tinggi dan pandai menjaga batas pergaulan... Sebab nak bawa tunjuk kat mak, jadi kenelah bawa balik yang bagus punya!
Elakkan
Jika anda merasakan aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya kerana bila hati mereka dah terluka sukar diubati lagi.


TAURUS

(21 April - 21 Mei)
Perwatakan
Seorang yang gemar cabaran, garang seperti singa, tetapi takut seperti tikus, tidak tetap dengan pendirian sendiri, mudah marah tetapi kadang-kadang romantik dan mengambil berat terhadap pasanggan...
Tips untuk memikat
Untuk memikat si dia, anda hanya low profile sedikit, kerana golongan ini tidak suka perempuan yang lebih darinya, jadi biar dia melihat sendiri siapa anda yang sebenar suatu hari nanti.
Elakkan
Jangan buat lawak kalau anda tidak faham maksud lawak itu kerana ia munngkin akan memalukan diri anda sendiri kelak..

GEMINI

(22 Mei - 21 Jun)
Perwatakan
Seorang yang egoistik, panas baran, tidak suka pada kekalahan dan pandai memutar belitkan percakapan. Kalau anda berdebat dengannya, jangan harap anda nak menang. Dalam apa-apa persoalan jua mereka ada jer alasannya.
Tips untuk memikat
Sabar ajerlah... Sebagai perempuan, mengalahlah sikit, lambat laun hati si dia akan lembut juga. Lelaki Gemini ini sebenarnya suka pada perempuan yang lemah lembut, kerana dengan perwatakan itu hatinya akan lembut jua. 
Elakkan
Jangan bersikap terlalu kasar dengannya, tapi kalau sudah tidak tahan dengan mereka apa kata anda angkat kaki jangan banyak cakap. Tidak guna bertengkar dengan mereka kerana anda tidak akan menang.

CANCER

(22 Jun - 23 Julai)
Perwatakan
Seorang yang segak, suka berangan, bermurah hati, sensitif, sukakan kanak-kanak dan suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan tetapi mereka sebaliknya... (berhati-hati ya)
Tips untuk memikat
Jangan berkawan dengannya hanya kerana dia seorang yang kaya kerana nanti habis duit  anda dikebasnya.
Elakkan
Tolong jangan terpedaya dengan kata-kata manisnya... Mula-mula memang manis, nanti bila sudah lama anda akan terasa masamnya, jadi sebelum terkena lebih baik anda berhati-hati.


LEO

(24 Julai - 23 Ogos)
Perwatakan
Seorang yang penyayang, bekerja kuat, tidak kedekut untuk berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang mereka sayangi. Jejaka Leo ini juga seorang yang bercita-cita tinggi, mementingkan diri sendiri tetapi tidak ego.
Tips untuk memikat
Sebagai seorang perempuan, anda perlu menunjukkan sifat kewanitaan yang selembut-lembutnya dan tahu juga bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka leo.
Elakkan
Jejaka Leo sukakan wanita yang menjadi dirinya sendiri dan tidak berubah untuk menjadi orang lain. Jadi untuk memikat jejaka Leo jadilah diri anda sendiri OK!!


VIRGO

(24 Ogos - 23 September)
Perwatakan
Seorang yang pemalu, kuat merajuk, pendiam, tidak pandai mengawal emosi, mudah terasa hati dan suka perhatian dari perempuan.
Tips untuk memikat
Lelaki Virgo suka perempuan yang pendiam, tidak banyak bercakap, suka bergaya, sanggup berkorban dan lemah-lembut. Jadi anda kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang sopan, kelembutan dan juga kesabaran.
Elakkan
Bila anda hendak keluar dating, jangan memakai pakaian terlalu seksi kerana Virgo seorang yang gatal dan pantang tengok perempuan 'dahi licin'. Kalau mereka melakukan perkara yang tidak senonoh kepada anda, jangan teragak-agak untuk meninggalkan mereka.


LIBRA

(24 September - 23 Oktober)
Perwatakan
Seorang yang cerewet, posesif, setia, tidak suka mengambil tahu perkara yang remeh-temeh, inginkan pasangan pandai berdikari dan jujur dalam perhubungan.
Tips untuk memikat
Senang saja nak pikat golongan Libra kerana mereka suka perempuan yang sentiasa ceria, happy go lucky dan pandai berdikari, tapi ingat be yourself ok!!
Elakkan
Ingat bila nak keluar bersama si dia pakailah make up yang simple tetapi jangan lupa cover pimple kalau ada dan jangan pakai pakaian yang terlalu menjolok mata atau seksi kerana golongan Libra tidak suka mereka yang terlalu seksi.


SCORPIO

(24 Oktober - 23 November)
Perwatakan
Seorang yang serius, mudah cemburu, mood selalu berubah, keras hati tetapi Scorpio juga seorang yang romantik dan pandai menghargai pasangan.
Tips untuk memikat
Selalu bersembang dengan si dia dan berkongsi hobi dengan mereka. Jika pasangan anda suka menonton permainan bola sepak, walaupun anda tidak minat cubalah untuk menyukainya. Perangai Scorpio ini macam Libra juga, posesif dan tidak suka berkongsi perempuan dengan orang lain.
Elakkan
Pastikan anda membuat piilihan yang betul apa bila hendak memikat Scorpio, kerana bila sudah terjerat susah nak melepaskkan mereka.


SAGITTARIUS

(23 November - 21 December)
Perwatakan
Siapa yang dapat memang beruntung... Sagittarius mempunyai perwatakan yang sentiasa disenangi oleh orang ramai. Mereka juga seorang yang happy go lucky dan suka mengambil berat terhadap pasangan.
Tips untuk memikat
Sentiasa adakan plan bila hendak keluar bersama seperti tengok wayang, karaoke, atau apa jua perancangan asalkan tidak membosankan pasangan anda...
Elakkan
Jangan terlalu mengharap plan dari si dia kerana mungkin satu hari nanti dia akan berasa bosan dengan anda.


CAPRICORN

(22 December - 20 Januari)
Perwatakan
Seorang yang ego, keras kepala, suka ambil mudah semua perkara, tidak suka perkara yang remeh-temeh dan golongan Capricorn merupakan seorang yang sukar untuk meluahkan perasaannya terhadap pasangan. Jarang sekali dapat mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.
Tips untuk memikat
Cool jer beb... Nak dekati mereka bukanlah perkara yang mudah. jangan give up dan ajar sikit golongan ini. Jika mereka jual mahal, anda juga harus jual lagi mahal.
Elakkan
Macam layang-layang terputus talinya... Jual mahal, mahal jugak tetapi jangan mahal sampai terputus tali, melepaslah korang nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Angin, Api, Air & Tanah