Sumber Inspirasi
Bismillah Ya Hakam Ya Mujib Sejujurnya aku masih belum punya idea dan ilham untuk penceritaan ku kali ini. Perlu kesinambungan dari cerita aku yang lepas. Alhamdulillah, masih diberikan ruang dan peluang kepada kita menjalani kehidupan dunia ini, walau hanya sementara. Percaya atau tidak ini adalah kurnia-Nya kepada kita. Ada pun gaya penulisan aku entah seperti apa, hanya pembaca yang menilainya, adakah aku pembacanya sendiri. HAHAHA. Cerita cinta aku tak sama dengan mana-mana drama atau kisah orang lain, aku masih kebingungan dalam dilema seorang lelaki(mungkin, sebab lelaki tak meluah) tetapi ini adalah cara aku, terpulang pada mereka ingin menganggap aku seperti apa. Kerana aku juga manusia, sudah aku ceritakan, mengadukan, melangitkan segala cerita pada Allah. Aku yakin ini akan jadi rujukan untuk diri aku di masa akan datang. membezakan aku yang dulu dan aku yang sekarang. Penggantian kepada diari aku yang telah di bakar(video ada di insta...