Sumber Inspirasi

Bismillah Ya Hakam Ya Mujib

    Sejujurnya aku masih belum punya idea dan ilham untuk penceritaan ku kali ini. Perlu kesinambungan dari cerita aku yang lepas. Alhamdulillah, masih diberikan ruang dan peluang kepada kita menjalani kehidupan dunia ini, walau hanya sementara. Percaya atau tidak ini adalah kurnia-Nya kepada kita. Ada pun gaya penulisan aku entah seperti apa, hanya pembaca yang menilainya, adakah aku pembacanya sendiri. HAHAHA.

    Cerita cinta aku tak sama dengan mana-mana drama atau kisah orang lain, aku masih kebingungan dalam dilema seorang lelaki(mungkin, sebab lelaki tak meluah) tetapi ini adalah cara aku, terpulang pada mereka ingin menganggap aku seperti apa. Kerana aku juga manusia, sudah aku ceritakan, mengadukan, melangitkan segala cerita pada Allah. Aku yakin ini akan jadi rujukan untuk diri aku di masa akan datang. membezakan aku yang dulu dan aku yang sekarang.

    Penggantian kepada diari aku yang telah di bakar(video ada di instagram), yang sejak 2008 aku menulis sehingga aku terhenti sendiri sehingga aku menemukan buku itu. Sangat-sangat bodoh rasanya bila terbaca balik dengan pemikiran aku di waktu pramatang atau masih kanak-kanak. Kali ini aku tak tahu siapa pembaca diluar sana entah aku kenal atau tidak, mungkin juga  ada yang dari luar negara.


    Bagaimana sekali pun yang terjadi semua adalah kehendak dan urusan Allah, aku tiada daya menolak apa-apa sesuatu yang telah ditetapkan untuk aku, apa yang Allah berikan kepada aku itu adalah yang terbaik, apa punyang Allah ambil setelah ia berikan pada aku itu juga terbaik buat aku dan apa pun yang Allah halang dari aku itu juga terbaik untuk diri aku. Segalanya baik disisi Allah, hanya cara penerimaan kita sahaja redha atau tidak apa-apa yang terjadi.

Sekecewa apa pun pada manusia jangan sesekali jauh dari Allah.

Bila mana manusia membuka aib diri aku, Allah menutup serapatnya aib aku.
Bila manusia cuba menjatuhkan aku, Allah yang membangkitkan aku.
Apabila manusia merendahkan diri aku, Allah yang meninggikan aku.
Pertolongan manusia selalu harapkan balasan, Allah tetap menolong sekalipun aku jatuh dalam dosa.
Bila manusia meninggalkan aku, Allah menunggu aku untuk menceritakan masalah aku.
Manusia tidak peduli akan sakit lelah aku, Allah menanti aku untuk meminta dari-Nya.
Manusia bosan dengan cerita aku yang berulang, Allah yang Maha Mendengar.
Manusia mengkhianati aku, Allah yang meyakinkan aku dengan pertolongannya.

    Sampai suatu masa di mana titik terendah aku kehilangan kepercayaan pada manusia, bertanya pada Allah tentang keadaan aku, terlihat kuat dimata manusia sedang hati aku sudah roboh kerana perbuatan manusia. Aku mula mengejar akhirat sehingga menemukan keindahannya dan kemudian dunia mula mendatangi aku. Aku cuba bertahan dalam jalan hijrah sendirian walaupun sakit mungkin inilah jalan terbaik untuk aku. Menutup pintu hati agar tidak jatuh pada orang yang salah, kini Allah membukanya memasukkan satu orang.

Aku bertanya, 'bagaimana untuk aku menerima dia sedang aku masih ragu dengan manusia. Dia siapa di sisi Mu?, Ya Allah'

Entah bagaimana ingin aku menjelaskan perasaan ini. Menimbulkan persoalan.
Kenapa boleh sedalam itu jatuh hati padanya, tanpa ada komunikasi. Bahkan gagal pada gerakan pertama lagi. Langsung tak pandai mengorat.

Jawapan dari IG, Allah juga yang melalukan jawapan itu. Aku percaya itu semua kerja Allah
"aku jatuh cinta padanya disaat aku tidak ingin jatuh cinta kepada sesiapa, dia hadir saat aku sedang mati rasa, dia mengembalikan perasaan hatiku yang telah hilang, jatuh cinta kepadanya diluar kendaliku, dan aku tahu bahawa semua perasaan ini ada kerana kehendak-Nya.. Dari situ aku selalu berdoa, sebagai mana Allah membuatku jatuh cinta padanya, semoga Allah juga menyatukan kita dengan cara yang indah.."


cerita sebenar tentang cinta belum masuk lagi, baru mukadimah. Bagaimana seorang penulis novel mendapatkan ideanya untuk menyiapkan 1 novel. Penulis ini dah penat.....

Saya tak kenal pembaca, mungkin ada pembaca yang kenal saya, jadi tolong rahsiakan identiti saya.

Sekian sahaja persembahan ini, Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah