Bismillah ya Muhaimin ya Latif
Kisah yang Allah sendiri atur sejak diri aku belum dilahirkan, sesuai dengan doa yang pernah aku langitkan, mungkin aku tidak pandai meluah jadi setiap cerita adalah cara ku untuk meluahkan rasa, meletakkan emosi dalam cerita, kecewa, gembira, sedih, sakit, bahagia. Sentiasa mengharapkan Allah memakbulkan doa-doa itu mengikut Ilmu dan pengatahuan Allah. Pada awalnya terasa sakit dan sedih tetapi semakin kita menerima takdir itu dengan redha di penghujungnya Allah siapkan hikmah yang besar.
Aku di sini masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita, kerana Allah maha karya cinta mengatur cerita cinta hamba-Nya yang bertakwa terlalu indah. Apa yang terjadi pada diri aku dahulu hanya sebuah pembelajaran untuk diri aku menemui jodoh yang Allah takdirkan, sekiranya aku tidak memalui proses pembelajaran diwaktu dahulu, pasti kali ini aku akan cepat berputus asa dan menyerah. Sering kali aku katakan, "Ya Allah jalan ini sama bagaimana untuk aku menerima sesuatu yang pernah aku pernah alami dahulu. Ia menyakitkan, tolonglah aku"
Episod cerita bermula sejak bulan 6 tahun 2024, bukan mimpi tapi suatu suara yang beri nasihat ia berkata 'jangn benci sesiapa, jangan dendam sesiapa, maafkan mereka, nanti Allah akan hadirkan untuk kau sesuatu yang kau tunggu'. Aku tak faham lagi ayat ini 'sesuatu yang kau tunggu' masa ini aku tak fikir pasal jodoh, pasal pasangan. Rasa ralat masih terasa buat kedua kalinya terjadi hal yang hampir sama dalam tempoh setahun setengah yang lepas.
(TERGENDALA SEMUA BERHENTI REHAT KEJAP, HILANG IDEA)
Ringkaskan cerita tahun 2023 orang yang hadir dan cuba mendekat, ingat dia memang nak dekat aku, tapi semuanya hanya persendaan. Kerana dia tahu cerita aku dia cuba untuk dekatkan diri. (Sila rujuk jalan cerita sebelumnya). Pada awalnya aku tak perasan tapi lama kelamaan rasa benar ia mendekat, sehingga aku mengesyaki repost dia di twitter 'Betul ke ae tindakan aku' lebih kurang macam tulah, dia masih sama jalan seperti biasa. Aku dan dia tahu kami stalk each order, nampak seperti tidak peduli tapi itulah yang terjadi. sehinggalah aku nampak repost dia di IG bersama pasangannya. Dan aku masih berharap pada Allah Yang Membolak balikkan hati agar dia kembali pada aku, HAHAHAHA, pada akhirnya mereka pun berkahwin, dan aku tak boleh untuk apa-apa, melainkan meredhai sebahagian takdir yang tidak terlulis untukku.
Bulan 6 pun berlalu, masuk bulan 7 aku sedang menjalani hari seperti biasa datang kerja punch card kemudian nak keluar beli sarapan. terserempak dengan seorang wanita yang aku tak kenal, tak pernah jumpa, kenal pun tidak, hati kecil aku pun bertanya 'siapa dia tu?' suatu suara yang lain menjawap 'jodoh untuk kau lah tu' aku abaikan kerana masih anggap mainan fikiran dan angan-angan semata. Ku sangkakan bukan apa-apa, sekali dia staf baru di tempat aku kerja. Tetiba rasa malu sendiri. Masa awal bulan aku tak perasan atau tak kisah pun pasal diri dia. Dalam minggu kedua rasanya aku mula ada sikit tertarik padanya, entah kenapa dan mengapa, aku mula buat istikharah, jawapan pertama aku dapat, aku jadi monolog sendiri 'perasan tak nombor telefon dia dengan kau hampir sama.' aku masih bertanya 'jadi apa kena mengena dengan aku' suara itu menjawap 'bukankah kau dulu pernah meminta dengan Allah, seandainya pasangan kau juga punya nombor yang hampir sama' waima sudah bertahun lamanya doa itu Allah tetap makbulkan.
Bermula dari situ, aku mula nampak semua doa-doa aku untuk pasangan aku seperti sifat, peribadi, perwatakan, kebaikan yang aku ingin ada pada pasngan aku nanti, dan aku berdoa 'ya Allah, dekat nak sampai akan jodohku bagaimana aku ingin menyambutnya', dan Allah menjawap dengan perbuatan aku sendiri, lebih banyak akan kebaikan yang aku lakukan berbanding sebelumnya. Yang Allah Maha Mengetahui akan siapa, di mana, tempat, waktu, pertemuaan yang tak disengajakan tanpa perancangan apa-apa, Allah menumbuhkan perasaan suka antara satu sama lain. Apabila aku mendekatinya ia akan menjauhkan diri bukan kerana benci, tetapi kerana dia juga takut kalau-kalau lebih menyintai manusia daripada cinta pada Allah.
Proses taaruf diluar pemikiran manusia menanti sebuah penutupan jalan cerita yang berbeza, Allah juga memenuhi jalan ini dengan kebaikan-kebaikan yang luar biasa. Ujian untuk hubungan halal itu berat lagi-lagi yang menhadapi masalah kepercayaan, keyakinan, perlindungan dan penjagaan. Untuk kali ini mengharapkan Allah. Cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik pelindung, sebaik-baik penjaga, sebaik-baik penolong. Bersyukur sangat-sangat pada Allah walaupun aku begini begini, tetap juga memberikan yang terbaik. Jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang bersyukur.
Doa untuk memudahkan segala urusan:-
"Rabbi yassir wala tu'assir"
Tuhanku, permudahkanlah dan jangan persulitkan.
"Rabbi tammim bilkair"
Tuhanku, sempurnakanlah ia dengan kebaikan.
Ulasan
Catat Ulasan