Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Imej
Tali leher sememangnya mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, sama sepertimana pakaian yang lain. anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher yang sesuai dengan trend sekarang, tetapi agar tidak salah tampil di khalayak ramai, anda perlu mengetahui warna dan corak tali leher yang dipakai agar tidak salah tafsir oleh orang sekeliling anda! Warna di sebalik tali leher: BIRU Warna yang paling popular sepanjang masa, sebagai simbol  ketulusan hati, tenang yang terbaik. Warna ini juga dapat menggambar sifat sebenar anda yang jujur, rajin dan selalu merendah diri. Secara psikologinya pula, warna ini mampu memberi ketenangan kepada si pemakainya, MERAH & OREN Merah dan oren adalah warna yang hanya dipakai oleh mereka yang dikatakan berani kerana biasanya warna ini selalu dikaitkan dengan mereka yang begitu komited pada cinta dan kerjayanya. Bukan itu sahaja, mereka juga pandai menonjolkan keberanian tidak kira dalam apa jua situasi serta berani mengutarakan penda...

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

AQUARIUS (21 Januari - 19 Februari) Perwatakan Seorang yang berfikiran positif, sukakan sesuatu yang unik, suka bersosial, peramah, suka berdikari, sensitif, romantik, setia, bercita-cita tinggi, pandai mengambil hati dan cemburu. Tips untuk memikat Senang jer nak pikat golongan ini, anda hanya perlu berpakaian cantik dan glamour, pasti si dia asyik nak berkepit dengan anda jer. Elakkan Lelaki Aquarius ini cepat bosan dengan orang, sebelum dia tinggalkan anda, lebih baik anda tinggal mereka terlebih dahulu. PISCES (20 Februari - 20 Mac) Perwatakan Segak, bergaya, ngada-ngada, perasan, tidak suka mengikut arahan orang lain, ego, gemarkan aktiviti lasak, bersukan, jujur, setia, suka berkawan, sukakan hiburan, bijak dan romantik. Tips untuk memikat Jejaka pisces pula sukakan perempuan yang tahan lasak dan gemar bersukan, jadi untuk memikat golongan ini, anda mesti mempunyai hobi yang sama dengannya... Elakkan Mereka sangan anti dengan wanita yang manja dan terlalu b...

Cara untuk menghilangkan jerawat

Petua 1 CAMPURKAN air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Petua 2 CAMPURKAN beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi. Petua 3 GILING beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang . Petu...

Rahsia Warna Lipstik

Pemilihan warna lipstik selalunya terpulang kepada citarasa individu masing-masing dan tahukah anda di sebalik warna pilihan tersebut, ia melambangkan sikap dan peribadi yang tersendiri? Sering kali kita dengar hanya gadis berani selalunya memilih warna yang terang atau garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penanpilan dirinya, malah ada juga yang mendakwa lipstik berwarna merah akan menambah lagi seri wajah si pemakainya. Namun begitu, tidak kurang yang menggemari lipstik berwarna lembut seperti merah jambu, coklat, ungu dan ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Untuk mengetahui apakah rahsia di sebalik warna lipstik ini, apa kata kita baca sama-sama... 1. LIP GLOSS Lip gloss sering menjadi pilihan mereka yang ingin kelihatan simple kerana hadir dengan warna natural ataupun mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap kelihatan cantik dan menawan kepada si pemakainya. Personaliti: Si pemakainya juga cukup senang kerana mereka gemarkan kehidup...

seorang wanita uzur dengan seekor kucing

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji. Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. M...

Saya akan menghadiri temuduga terbuka.

Kali ketiga saya akan ditemuduga untuk sambung belajar. Sehari sebelum bertolak ke PERDA-TECH di Pulau Pinang. Bapa saya menceritakan pengalaman dia kali pertama kalinya. Saya rasa gementar pulak bile bapa saya di soal tentang pemimpin-pemimpin negara. Soal sejarah. Dan bapa saya beritahu walaupun jawapan kita betul tapi dia hendak nilai dari jawapan yang diberikan. Itu yang buat saya takut, sebab kurang bercakap. Dalam perjalanan ke sana. Perjalanan yang jauh menambah keyakinan saya untuk berjaya. -Jangan takut, semuanya akan berjaya bila awak yakin sepenuhnya. Berdoa agar di permudahkan temuduga esok. Rehat secukupnya tak letih nanti bila ditemuduga. Awak jangan bagi alasan, jika awak beri alasan awak akan ragu-ragu.- Betul tu yang penting tenang, positif dan yakin. Semangat sangat nak temuduga. Masa temuduga kali pertama ialah semasa hendak lanjut pelajaran di kolej. Kali kedua pula semasa di dalam Kem de'bana, PLKN. Walaupun ia nampak macam biasa-biasa. Ia neninggalkan ...

Pendedahan Radiasi Handphone

Sedar atau tidak, isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ke atas pengguna sudah lama dibincangkan, dan adakalanya ia dikaitkan dengan permasalahan kesihatan. Namun begitu, para saintis percaya bahawa jenis sinaran yang dipancarkan oleh handphone dan menara pencawang adalah tidak berbahaya kepada kesihatan kerana ia bukan mengion, seperti tenaga nuklear yang berbahaya. Mungkin isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ini masih lagi dipertikaikan tanpa kesudahan oleh banyak pihak sehingga kini. Apa pun pertikaian yang timbul, kita sebagai pengguna yang tidak lepas daripada menggunakan handphone dalam kehidupan seharian perlulah mengambil langkah pencegahan untuk mengatasinya. Ada garis panduan asas yang boleh anda praktikkan ketika menggunakan handphone:- CARA MENGATASINYA?! 1. Kurangkan perbualan Cara paling mudah untuk anda ikuti bagi mengelakan pendedahan radiasi adalah mengurangkan masa berbual menggunakan handphone. Hadkan pen...

Pendedahan Radiasi Handphone Cara Mengatasinya?!

1. Kurangkan perbualan 2. Elakkan handphone di dalam poket 3. Memulakan panggilan 4. Kawasan liputan rendah 5. Antioksidan 6. Jaga jarak handphone 7. Alat bantuan pendengaran 8. Lebihkan teks 9. Kawalan ke atas kanak-kanak 10. Gunakan talian tetap Published with Blogger-droid v2.0.4

Tips Bagi Mereka Yang Putus Cinta

Imej
Cinta memang manis dan indah bila diakhiri dengan ikatan yang sah. Bagaimana pula dengan hubungan cinta yang terputus di tengah jalan? Pasti perit untuk menghadapinya kan... Apatah lagi bila bekerja di pejabat yang sama. Mungkin dengan panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan dan kecewa yang dialami oleh anda!!! 1. Berdamai dengan diri sendiri dan manjakan diri seperti mandi sauna, membuat urutan aromaterapi dan sebagainya. Jangan bersikap egois, tetapi menangislah sepuasnya jika itu yang diinginikan sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen atau pendapat orang lain. 2. Hindari dari membuat keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya ia masih lagi dipengaruhi oleh emosi. 3. Berbual atau bersembanglah dengan orang-orang yang anda percayai. Mungkin daripada mereka anda akan mendapatkan kata-kata semangat yang boleh menghiburkan hati.  4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang boleh membu...