Pendedahan Radiasi Handphone
Sedar atau tidak, isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ke atas pengguna sudah lama dibincangkan, dan adakalanya ia dikaitkan dengan permasalahan kesihatan. Namun begitu, para saintis percaya bahawa jenis sinaran yang dipancarkan oleh handphone dan menara pencawang adalah tidak berbahaya kepada kesihatan kerana ia bukan mengion, seperti tenaga nuklear yang berbahaya.
Mungkin isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ini masih lagi dipertikaikan tanpa kesudahan oleh banyak pihak sehingga kini. Apa pun pertikaian yang timbul, kita sebagai pengguna yang tidak lepas daripada menggunakan handphone dalam kehidupan seharian perlulah mengambil langkah pencegahan untuk mengatasinya.
Ada garis panduan asas yang boleh anda praktikkan ketika menggunakan handphone:-
Mungkin isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi isu berkaitan pendedahan radiasi handphone ini masih lagi dipertikaikan tanpa kesudahan oleh banyak pihak sehingga kini. Apa pun pertikaian yang timbul, kita sebagai pengguna yang tidak lepas daripada menggunakan handphone dalam kehidupan seharian perlulah mengambil langkah pencegahan untuk mengatasinya.
Ada garis panduan asas yang boleh anda praktikkan ketika menggunakan handphone:-
CARA MENGATASINYA?!
1. Kurangkan perbualan
Cara paling mudah untuk anda ikuti bagi mengelakan pendedahan radiasi adalah mengurangkan masa berbual menggunakan handphone. Hadkan penggunaan anda hanya kepada panggilan pendek dan penting sahaja kerana semakin lama anda bercakap di talian, lebih banyak radiasi akan diserap oleh badan anda. Selain mudah, cara ini juga mampu membantu anda menjimatkan bil penggunaan handphone anda.2. Elakkan handphone di dalam poket
Anda disarankan untuk menyimpan atau membawa handphone di dalam poket. Jika ada memakai jaket, adalah disarankan untuk anda memasukkannya ke dalam poket jaket tersebut. Bagi anda yang membawa beg pula di nasihatkan untuk menyimpannya di dalam beg. Langkah ini untuk mengelakkan pendedahan radiasi secara langsung dengan tubuh anda.3. Memulakan panggilan
Sedar atau tidak, ramai di antara pengguna handphone akan terus meletakkan handphone ke telinga sementara menunggu panggilan disambungkan. Untuk pengetahuan anda, ketika cuba untuk mewujudkan sambungan panggilan, handphone akan bekerja lebih keras dan memancarkan lebih sinaran elektromagnet. Kepintaran handphone yang akan menghasilkan getaran apabila panggilan berjaya disambungkan boleh membantu anda untuk tidak terus meletakkan handphone ke telinga selagi pangilan tidak sisambunngkan.4. Kawasan liputan rendah
Elakkan daripada menggunakan handphone anda di kawasan yang memiliki isyarat yang lemah. Di antara dua persekitaran yang dipercayai memiliki kekuatan isyarat yang lemah adalah di dalam lif dan juga di dalam kereta yang sedang bergerak. Faktor ini secara tidak langsung mengurangkan risiko penggunaan handphone ketika memandu.5. Antioksidan
Anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan. Radiasi gelombang mikro seperti yang dihasilkan oleh hanphone telah terbukti boleh mengurangkan tahap antioksidan dalam badan. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti kekacang, kentang, buah beri, brokoli, bawang putih, epal dan ceri boleh dijadikan sebagai pencegah kepada perkara yang tidak diingini termasuk kanser dan penyakit jantung.6. Jaga jarak handphone
Ketika bercakap menggunakan handphone, pastikan anda menjaga jarak handphone dengan telinga anda. Maksudnya di sini adalah elakkan menekan handphone terlalu kuat ke telinga, cukup sekadar meletakkan handphone ke cuping telinga. Langkah ini dikatakan mampu mengurangkan tahap pendedahan terhadap radiasi. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan pembesar suara kerana ia adalah lebih berkesan dan sihat.7. Alat bantuan pendengaran
Penggunaan alat bantuan pendengaran seperti earphone bluetooth atau earphone berwayar adalah sangat disarankan kepada anda yang sering membuat atau menerima panggilan. Walaupun penggunaan alat ini masih menyebabkan anda terdedah kepada sinaran elektromagnet, sekurang-kurangnya pendedahan jauh lebih kecil. Namun jika anda tidak membuat atau menerima sebarang panggilan, adalah lebih bijak sekiranya ia ditanggalkan dari telinga anda.8. Lebihkan teks
Berkomunikasi dengan kaedah menggunakan teks adalah lebih baik berbanding kaedah panggilan suara kerana handphone tidak diletakan secara terus kebahagian kepala anda. Apa yang perlu diingatkan adalah elakkan bermesej ketika anda sedang memandu.9. Kawalan ke atas kanak-kanak
Kanak-kanak lebih terdedah kepada radiasi kerana tengkorak mereka lebih nipis dan masih dalam proses pembentukan otak. Adalah terbaik untuk mengekalkan penggunaan telefon mereka ke tahap yang minimum. Jika diperhatikan kanak-kanak gemar menggunakan telefon unntuk untuk memain permainan mudah alih, oleh itu apa kata anda tukarkan telefon ke mod penerbangan sebelum menyerahkan kepada anak anda.10. Gunakan talian tetap
Kaedah terakhir ini mungkin sukar diikuti oleh kebanyakan pembaca kerana kepupusan penggunaan telefon talian tetap di rumah. Tetapi bagi anda yang masih memiliki telefon talian tetap di rumah, apa kata maklumkan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain untuk menghubungi anda terus melalui telefon rumah.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Ulasan
Catat Ulasan