Angin, Api, Air & Tanah

Asal kejadian manusia Asal dari Tanah, air, angin, dan api, kerana 4 sifat ini penciptaan Nabi Adam a.s. sempurna, Maka Allah memerintahkan segala mahluk sujut kepada Nabi Adam a.s. Iblis derhaka kepada Allah, dgn angkuhnya, sombongnya iblis berkata "mengapa aku perlu sujud pada Nabi Adam, sedang kan aku lebih mulia dari dia, aku diciptakan dari api, dan dia pula dari tanah."

Sejak itu bermulalah permusuhan iblis dgn anak-anak Adam a.s. sehingga ke hari ini mereka telah berjaya merosakkan, anak cucu Nabi Adam. kini musuh Iblis laknat adalah, umat islam yang beriman, mereka tidak pernah putus asa utk menyesatkan hamba Allah yang taat,

Aku sangkakan hijrah itu yang paling sukar utk dilakukan, ada yang lebih sukar dari hijrah iaitu istiqamah




Unsur tanah
kita boleh bentuk diri kita utk jadi siapa saya yng kita mahukan, gaya, personaliti, penampilan. tanah sentiasa bersabar dgn ape yang terjadi pada dirinya, waima dia tidak pernah mengganggu kehidupan yg ade di atas muka bumi ini. setiap ape yang dia terima dari manusia. dia tidak membalas, dia hanya menanti. kerana perbuatan manusia sendiri merosakkan tanah. tanah akan mengembalikan semula kepada manusia


Unsur api
merujuk kepada amarah, dan sifat negatif. api tidak boleh dipadamkan dgn api, apabila kita sdg marah, org lain pula marah kita, lagilah marah akan jadi marak. api tidak boleh bertemu dgn angin kerana ia akan merebak. kita marah seseorang kemudian kita cari kawan utk merebakkan, seperti fitnah. batu api. api boleh di padamkan dgn air. bila kita marah, Rasullulah Bersabda ''berwudhuklah, ia dapat meredakan kemarahan. jika kamu marah ketika berdiri, duduklah, jika kamu marah lagi, baring lah'' kerana merendahkan diri pada tanah

Unsur air
dalam badan manusia hampir 80% air, siapa kawan kita begitu lah diri kita, kerana air jernih mudah di cemari dgn kotoran, dan sukar untuk menjernihkan kembali, ia memerlukan masa utk kembali jernih, kawan pengaruh terbesar membentuk diri kita, berkawan dgn kawan yang positif, kita akn sentiasa berfikiran positif. berkawan dengan kawn yg negatif, kita juga akan negatif. org lain nampak kita tenang aje mcm tiada ape2. di dlm bagaikan ombak tsunami.

Unsur angin
kita tidak dapat melihat dgn mata kasar, tetapi kita boleh merasai kehadirannya. ada kalanya kita berasa tenang, nyaman. Angin juga berubah mengikut situasi ia menggerunkan, menakutkan. Ketenangan yang Allah berikan kepada manusia, dan bila kita merindui seseorang itu, kita meminta utk Allah menyampaikan perasaan ini kepada mereka yang kita rindukan. Rindu yang Allah sampaikan itu berbentuk ujian tentang perasaaan kita sendiri.

Kesimpulannya
Kau menghantarkan api(fitnah) kepada aku, Aku memulangkan air(kebenaran) kepada kau
Kau memberi air(kebenaran) kepada aku, Aku mengembalikan angin(ketenangan) kepada kau
Kau membawa angin kepada aku(ketenangan), Aku berikan tanah(redha) kepada kau

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak