Mencintai tidak semestinya memiliki

Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

saya hendak menceritakan pengalaman saya bercinta atau x pernah, hehehe...
kadang kita tertanye sama ade kita benar2 mencintai seseorang itu atas dasar ape, kesian, kerana rupa, kerana harta atau memang ingin bersama dan bernikah dengannya?
kadang kita rasa teringin sangat untuk bersama dengan dia, ingin bersama dengan dia, ingin melindungiya, sayangnya jodoh kita bukan dengan dia, kemudian putus dan kecewa..
tambahan pula yg couple lebih dari 7 ke 8 tahun, kemudian putus...
masa ini lah Allah menguji keiman manusia sama ade ia redha atau berasa kecewa dengan ketentuan Allah...

Kita inikan manusia tidak akan terlepas dari ujian Allah. Org selalu cakap "x bersama sekarang mungkin suatu hari akan diikat sampai tiada siapa yang dapat pisahkan kecuali ajal"...

dan apabila mencintai seseorang itu jadikan lah cinta itu semangat, dan pendorong untuk kita berjaya dan bukan menjatuhkan, walaupun dia menolak, cuba buktikan dengan kejayaan kau, pastikan kau capai kejayaan kau terlebih dahulu, ingat Mak ayah selalu mendoakan kejayaan kau. dia x nak move on je lah ape nak tunggu lagi. ingat ini akhir zaman perempuan lebih ramai dari lelaki, mungkin dia ade rupa tapi ingat satu perkara je bila kau berjaya org akan cari kau. bila kau jatuh x siapa akan tolong kau... cari lah kejayaan sendiri untuk diri sendiri dan jangan sekali2 memandang pada satu kelompok yang kecil, fikirlah di luar kotak, yg lebih luas...

memang betul kau dah buat Istikharah, dan disebabkan itu kau menjadi lemah, kau jadi malas sebb ape tahu, sebab kau dah tahu... dan kau juga siang malam mengingati dia, sedar lah dia x pernah nak ingat kau pun, berhentilah bermain dengan perasaan sendiri, sampai bila nak seksa diri sendiri bila dah dapat tahu yg dia memang x nak kat kau, kau kene ingat dia boleh cari yang lebih baik dari kau, boleh jaga dia,
Tengok balik pada diri kau, kau ape ada, mampukah kau nak menjaga dia jika sikap kau menjatuh dan dia semakin meninggi. sedar lah walaupun dia xnak kau katakanlah "Dia x nak xpe, Allah kan ada, Ahli keluarga kan ade, dan mungkin ade yang menyokong aku dalam diam" percayalah dengan ketentuan Allah... lepaskan jika itu yg terbaik buat mu...

diam kan diri kau utk seketika tidak tegurnya, tidak hiraukan dia, jangan pedulikan dia... kalau dia sayang kau dia akan cari kau sendiri, tp memang dari awal lagikan dia tidak menyayanginya kau...
berhentilah melayani perasaan sendiri, berhentilah bermonolog dengan bayangan yang kau sendiri cipta. diam kan diri dari mengejarnya. Jangan risau soal jodoh, Allah dah tetapkan jodoh kau dengan org yg kau x akan sangka-sangka suatu hari nnt, kau akan dapat tahu juga...

Buat masa sekarang ini... kau bersabar dan muhasabah diri banyak2, memang susah utk melupakan sesuatu yg kita sayang. kita mulakan dengan doa... "Ya Allah, andai dia memang ditakdirkan untuk aku, satukan lah kami saat aku benar2 bersedia dengan dia."
betul kita dah berdoa, tp usaha tiada pun, persediaan ape pun x buat, macm mane nak bersama jika kau sendiri belum bersedia. kadang doa yg kita minta pun jadi celaru, kejap nak bersama dgn dia, kejap nak berpisah, mcm mane.. fizikal dan mental masih lemah...

maaf lah ye andai terkasar bahasa, jika saya salah sila betulkan lah ye...
Terima kasih kerana sudi membaca...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah