Hanya kerana mimpi

2 bulan lepas aku ade mendapat mimpi, aku ingat lagi mimpi tu, seolah mimpi tu ibarat cerita yg nyata, di pertengahan mimpi aku terjaga, oh, hanya mimpi, aku tidur kembali. mimpi itu bersambung semula. pada hari 24.9 ini ia mcm sedang berlaku.

mcm nie mimpinya.
keadaan sekeliling seperti rumah flat. aku berada di bahagian hujung flat tersebut menantikan sesuatu, tidak diketahui ape, hadir seorang wanita yg aku tidak kenali, rupa pun tidak kelihatan dia menghadap sebelah lain....

aku terjaga dari tidur, mimpi rupanya. aku sambung tidur balik

mimpi lg aku mengekori perempuan itu sampai ke suatu tempat, flat yg diduduki, perempuan itu tidak masuk dlam rumah itu, sebaliknya hanya menunggu di depan pintu masuk. depan pintu tu, ada pula pasu dan pokok dlamnya,

aku terjaga lagi, mimpi yang bersambung, pasti ada sesuatu yg x kene, Allah hendak tunjukkan sesuatu. ianya cuma mimpi. tidur semula.

masih ditempat yg sama, perilaku aku terintai-intai melalui tingkap rumah flat. aku nampak dengan jelas dalam rumah flat tu, dia tertawa gembira dan bahagia. dia sedang bermain bermanja dengan bayi. aku terfikir anak dia kah. ada sepasang mata lagi sedang memerhatikan aku dari dalam melalui tingkap, ia seorng lelaki, sambil berkata "kau buat ape kat sini?". Aku jawap "tak, tak buat ape pun" lalu pergi meninggalkan flat itu. kini aku berada dalam bdn seorg budak perempuan yg berdiri di depan pintu, seolah2 aku melihat diri aku yg sebenar meninggalkan tempat itu dan tidak menoleh kebelakang lagi.

Aku sbg budak perempuan masuk kedalam utk beritahu dia, aku beritahu dia yg "td lelaki tu datg cari awak?" dia menjawap "kenapa dia..................."

aku terjaga terus dari tidur, dan melihat jam, lebih kurang 5 minit lagi masuk waktu subuh. aku bermonolog dengan diri sendiri, 'siapa budak perempuan yg aku ikut? Dia sudah berkahwin dan punyai anakkah? Apa kaitan budak perempuan tu dengan dia? siapa pula lelaki yg perhatikan aku?'

ianya cuma mimpi je. mainan tidur, x betulpun. tp ini kali kedua ianya berlaku. kali pertama dahulu semuanya jadi benar, waima tidak sama mcm dalam mimpi, ianya berlaku, ape yang terjadi seakan2 sama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah