ape yang aku pandang


inilah diri aku di saat aku bersendirian, terlalu memikirkan seseorang yang jauh di mata sampai diri sendiri terabai, malah x siapa yang peduli pun, mereka melihat aku seolah-olah aku gila, mereka tidak faham perasaan aku sebenar. minta aku diam dari berkata kata. sehingga aku jadi pendiam. malas nak ambik peduli. kerana sikap aku pendiam. aku sedih sendiri, gembira sendiri, marah sendiri.

Aku rasa bangga dengan sifat aku, pendiam... x bermakna aku lemah, mereka boleh ejek aku, boleh marah aku... aku simpan sampai satu tahap aku menyimpan, ia bertambah sakit... sakit rasa mcm nak balas dendam pada semua org. bagi aku dah cukup hanya memikirkannya dan berniat, tapi x melakukannya. Bersedih ke marah ke benci ke... aku tidak terus menuduh, aku akan siasat dulu, sebelum bertanya...

Pendiam aku nie banyak rahsia yang dia simpan. Rahsia nie cuma aku dan Allah yang tahu, dan ada kalanya aku perlu menceritakannya pada seseorang cuma org yang sepatutnya akan aku ceritakan... terlalu mendiamkan diri sampai org lain pijak kita mcm kita nie org bisu. entah lah kenapa setiap kali aku bersendirian bukan setakat fikir pasal seseorang tp lebih kepada diri sendiri.

kelebihan ape yang aku ade, kekurangan, bahagian mane, bagaimana pandangan org lain terhadap diri aku. kurang aku di bahagian mane, bila di tanye semuanya diam aje. tp bila lepak mula la cakap aku nie asyik diam je, macam tunggul. eleh bila aku tanye kau xnak jawap. sebenarnya aku sendiri x tau nak bualkan ape. nak sambung cerita pun org x faham. Aku nak cari kerja yang kurang bercakaplah, tapi ape... dalam bidang aku nie pun kene banyak bercakap utk org faham, lagi lah aku nak fahamkan org...

menulis, menaip dan mencari, begitu mudah kan, bila di fikir balik, selepas kita menaip dan menulis, perlu ada ulasan, dan penerangan... kau patut mengenali aku terlebih dahulu sebelum menilai diri aku. peduli ape dgn kau. kau bukan ikhlas pun dgn aku. kau xkan jumpa ape yang kau nak selagi kau x lepaskan ape yang kau sayang. cukup2 lah bersandiwara dengan dunia kau sendiri...

hidup dalam dunia nyata... ketepikan perasaan sayang kau pada dia. dia x pernah sayang kau pun, sedarlah x guna kau berdoa kat dia, sedang dia x pernah nak hargai kau pun. berhenti dan cari yang lain. mulakan balik dari awal.

siapa aku, siapa diri dia yang sebenarnya???
menegur dan bermonolog sendiri, masuk akal ape yang dikatakan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah