Amalan membaca semakin pudar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca blog ini. Pertama sekali saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang penceritaan saya ada yang menyinggung perasaan kalian. Minta maaf sangat-sangat sebelum segalanya terlambat utk saya ucapkan. Dari awal penceritaan saya sehingga kini ada yang dari saya sendiri dan juga ada sebilangan kecil dipetik dan di ambil dari majalah yang saya sendiri pernah baca suatu ketika dahulu, dan kini majalah yang dulunya ada sudah tiada pengeluaran lagi. Kemungkinan banyak yg sudah berpindah ke dalam majalah smart phone. helaian kertas kini sudah banyak yang di gantikan. dan saya sendiri sebagai pembaca terpukul dengan perubahan. Sumber rujukan hari ini "google kan ada" Saya sendiri yang hendak beralih ke era dunia hujung jari sangat mencabar kerana hanya dalam tempoh 8 tahun dari kepenggunaan saya sendiri sangat sukar utk fokus pada satu tajuk dalam telefon pintar. kita inginkan sedikit ilmu tetapi yang di berinya ...