Terpulang nak baca atau tidak
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembacaku sekalian.
Kali ini tidak tahu hendak bermula dari mana.
sbb terlalu banyak yang saya fikirkan sampai segalanya bercelaru.
Sejak memulakan internship bagi kursus VTO, saya cuba utk atasi masalah yang selalu timbul dalam fikiran sendiri, sebagai contoh :-
1> saya kene atasi kelemahan sendiri iaitu bercakap
2> perlu banyak belajar perkara baru
3> kadang tu persoalkan juga betulkah ini kerjaya saya.
4> bagaimana utk terus positif dalam tugas ini.
5> kita manusia kan? adakalanya nasihat sendiri kurang berkesan pada diri.
6> nak urus masalah peribadi dan masalah situasi kita.
7> nak share masalah dengan org lain pun 1 masalah juga.
8> perancangan masa depan, kerjaya, rumah, lokasi, pernikahan dan segala keperluan.
9> nak bela kucing tp mak pula x suka pula kucing dalam rumah, biar kat luar xpe.
10> nak share dengan org tua pun, balik balik kita pula yang bermasalah.
11> merangkumi semua di atas, tak kira tempat waktu mesti terfikir.
kalau minta di senaraikan memang 1001 masalah boleh timbul, agak sukar juga lah untuk atasinya, nak bahagikan masalah jangka pendek, jangka sederhana, masalah jangka panjang.
bukan mengeluh. cuma ada ketika saya juga perlu cerita sesuatu utk meringankan beban di dada.
Saya percaya Allah meletakkan saya di sini utk kebaikan saya juga, ada sesuatu dalam diri saya yang saya sendiri belum nampak. walau apa pun berlaku perjalanan harus diteruskan.
ada banyak lagi sebenarnya saya nak taip dan luahkan, secara tiba-tiba perkara tersebut yang banyak di fikiran melarikan diri hilang entah kemana. menyebabkan penerangan saya jadi pendek dan ringkas.
Awak yang baca nie xnak respon kah, komen ke. geli hati tau. diam-diam tersuka tanpa sengaja. rindu xnak ngaku. ala ala sombong gitu.
# minta maaf semua pembaca.
saya taip apa saya nak tulis hiburan sendiri semata-mata
Ulasan
Catat Ulasan