Amalan membaca semakin pudar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca blog ini.
Pertama sekali saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang penceritaan saya ada yang menyinggung perasaan kalian. Minta maaf sangat-sangat sebelum segalanya terlambat utk saya ucapkan.
Dari awal penceritaan saya sehingga kini ada yang dari saya sendiri dan juga ada sebilangan kecil dipetik dan di ambil dari majalah yang saya sendiri pernah baca suatu ketika dahulu, dan kini majalah yang dulunya ada sudah tiada pengeluaran lagi. Kemungkinan banyak yg sudah berpindah ke dalam majalah smart phone. helaian kertas kini sudah banyak yang di gantikan. dan saya sendiri sebagai pembaca terpukul dengan perubahan. Sumber rujukan hari ini "google kan ada"
Saya sendiri yang hendak beralih ke era dunia hujung jari sangat mencabar kerana hanya dalam tempoh 8 tahun dari kepenggunaan saya sendiri sangat sukar utk fokus pada satu tajuk dalam telefon pintar. kita inginkan sedikit ilmu tetapi yang di berinya sesuatu yang jauh dari yang kita mahukan contohnya :-
saya ingin mencari sifat labah2 yg di beri design utk baju, corak, spider-man. terlalu banyak dan lari dari tajuk asal.
Dulunya saya suka membaca kini hanya melihat dan mendengar org bercerita tentang sesuatu tajuk. Sehelai kertas yang mengandungi ilmu terasa amat berat utk di buka sehelai demi sehelai. Dan pada hari ini juga rata-rata manusia lebih berminat pada sesuatu yang hanya bercerita dan menyampaikan diterima bulat-bulat tanpa merujuk kitab sahih, benar atau salah terima sahaja membabi buta.
Hari-hari mendatang banyak aplikasi yang boleh di muatkan dalam telefon pintar, mewujudkan penceramah bebas tanpa lesen, tanpa pengetahuan membuat andaian sendiri pentafsiran sendiri. kita sendiri tidak tahu dia beragama apa. Paling menakutkan dia boleh bercerita tentang agama islam, kristian, buddha, hindu dan lain-lainnya. Pengikut dia pula sampai jutaan orang.
Yang kita kenal alhamdulillah, tp jenis latar belakang dia kita tidak tahu langsung, belajar di mana dulu pun tiada record. mereka banyak muncul di aplikasi social media pada hari ini.
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Aku juga jahil dalam ilmu agama, aku cuba utk perbaiki diri ku, masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan. Aku adalah pendosa selagi masih dapat melihat indahnya fajar di pagi hari, dapat menghirup udara dan di berikan nikmat dengan percuma ketahui lah, Allah masih memberi peluang utk kita bertaubat.
Saya memohan jutaan kemaafan sekiranya penceritaan saya membuat anda marah dan tidak berpuas hati, salah dan silap saya minta di tegur dengan baik, jika saya tertinggal sesuatu yang penting sila beri tunjuk ajar.
Sekian, terima kasih melawat artikel ini.
Ulasan
Catat Ulasan