IMBAS KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

agak lama juga saya sepi diam tanpa berita. sejak update kali terakhir entah bila pun saya tidak ingat.
dalam tajuk kali ini mengisahkan tempoh terpanjang yang berkait dengan cerita ku pada tahun ini 2020.
Hendak di ikutkan saya sudah lupa ape yang sudah terjadi dan tidak disengajakan ia terimbas kembali perbualan saya bersama pensyarah saya 6 tahun lepas.

Seolah terngiang di fikiran tentang hal itu perbualan itu dan detik itu. saya tersenyum sendiri.
bila sebut tentang imbas kembali bukan satu kisah sahaja yang dikenang, terselit berbagai kisah suka dan duka, yang pernah tercoret pada 6 tahun lalu. saya akan cerita satu persatu tanpa ikut turutan. mana yang terkenang akan di cerita sepintas lalu.

subhanallah
Otak kurniaan Allah pada manusia terlalu besar nilai simpanan sesuatu maklumat. dari 0 hinggalah tidak terhingga kuantiti simpanan. 

Baiklah mari kita sambung cerita walaupun saya belum bercerita, kita masuk pada tajuk utama.

Keutamaan
Parut pada anggota badan juga membantu kita untuk ingat peristiwa yang terjadi pada diri kita.

6 tahun lalu saya menafikan pandangan lecture saya, ia mengatakan saya ada bakat utk menjadi tenaga pengajar. 

Saya tolak mentah² pandangan tu, xkan sama sekali, sambil aku ketawa. Bagai mana mungkin saya seorang yang gagap dan gemuruh mahu jadi lecture. Saya berkata lagi. Saya xkan sesekali sambung belajar utk jadi pengajar. 

Ape kan daya 6 tahun telah pun berlalu. Aku terpilih utk menghadirkan diri dlam pemilihan temuduga utk sambung belajar dlam bidang pengajaran. Angkara adik saya yang isi. Saya tergelak kecil.. Terkejut pun ada juga sbb adik buat mcm tu tanpa persetujuan Abg dia sendiri. 

Masa temuduga pula mcm biasa sesi suai kenal, lepas tu masuk bahagian temuduga test cara mengajar. Selamber je saya bangun cakap tentang tajuk yg saya selalu buat masa kerja. Tak lancar tp gagap terus. Pastu dia minta saya lukis gambar rajah tersebut terus blink saya di buatnya. Terus stuck kat situ. Abis sesi itu keluar dari bilik nafas lega, dengan harapan saya tidak terpilih.

Selang sebulan lepas tu dapat surat dan email. Menyatakan anda layak VTO.

Tengah² dalam sesi penbelajaran teringat perbualan saya dengan lecture. Saya call bagi tahu pada dia. Dia mcm tergelak kecil. Saya agak dia juga masih ingat kisah 6 tahun lalu.

ALLAH HU AKBAR

#inilah namanya takdir Allah untuk kita, walaupun xnak mcm mane sekali pun lari lah mcm mana sekali pun. Tetap Allah akan berikan pada kita.

Ulasan

  1. What's the Difference Between Baccarat And Craps? - Worrione
    You'll notice the difference when playing 바카라 사이트 craps and the หาเงินออนไลน์ difference is the dice. It's a fun game of chance, but the difference is so big 인카지노 you'll often

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah