Catatan

20 Tanda Seseorang Adalah Jodoh

  Berikut ini ada 20 tanda seseorang adalah jodoh kamu: 1. Hati terasa tenang saat bersamanya – Seperti Allah menanamkan ketenangan di antara kalian. 2. Ia mengajakmu semakin dekat kepada Allah – Bukan menjauh, tapi mendekatkan pada kebaikan. 3. Solatmu lebih khusyuk sejak mengenalnya – Kerana hatimu diluruskan oleh niat yang baik. 4. Kamu merasakan keberkatan dalam hubungan ini – Rezeki, waktu, dan hati terasa lapang. 5. Ia menjaga pandangannya dan adabnya terhadapmu – Tahu batas sebelum halal, bukan mengabaikannya. 6. Keluarganya memuliakanmu, dan keluargamu ridha kepadanya – Tanda keberkatan dan restu dari dua pihak. 7. Kamu dan dia sepakat menjadikan Allah sebagai pusat hubungan – Sama-sama ingin membangun rumah tangga yang diridhai-Nya. 8. Dia mengajakmu membicarakan masa depan dengan serius – Bukan main-main, tapi berniat nikah. 9. Ia tidak menjanjikan dunia, tapi mengajak menuju akhirat bersama – Menjadi pasangan dunia-akhirat. 10. Kamu merasakan bahwa doamu seperti diijabah...

Cerita Ringkas Kerana Di Paksa

Assalamualaikum, pembaca? Jawap salam di ruang comment(HAHAHA) Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat Sekian lama menanti suatu jawapan doa yang pernah di langitkan dahulu, kini(tarikh cerita diterbitkan) Allah menjawap satu persatu doa-doa itu, kerana Allah tahu waktu yang tepat untuk memakbulkan sesuatu doa. Sangkaan pertama adalah pasti Allah akan makbulkan untuk aku, walaupun permulanya. Diri aku tidak menerima situasi seperti itu. Kini aku faham mengapa Allah berkehendak untuk aku melalui fasa-fasa seperti itu, kesusahan, rasa yang melelahkan, penuh dengan prasangka negatif. Hanya satu tujuan Allah kepada diri aku, itulah tujuannya mendekatkan aku dengan Pencipta.     Setiap percintaan aku yang belum pasti, dan berhujung perpisahan, aku menitipkan doa dalam setiap perkenalan itu, yang pertama doa untuk pasangan yang belum halal bagiku, dan doa yang sama juga untuk jodoh yang sudah tertulis untuk ku. Seandainya pasangan yg bersama aku itu adalah jodohk...

Sumber Inspirasi

Bismillah Ya Hakam Ya Mujib     Sejujurnya aku masih belum punya idea dan ilham untuk penceritaan ku kali ini. Perlu kesinambungan dari cerita aku yang lepas. Alhamdulillah, masih diberikan ruang dan peluang kepada kita menjalani kehidupan dunia ini, walau hanya sementara. Percaya atau tidak ini adalah kurnia-Nya kepada kita. Ada pun gaya penulisan aku entah seperti apa, hanya pembaca yang menilainya, adakah aku pembacanya sendiri. HAHAHA.     Cerita cinta aku tak sama dengan mana-mana drama atau kisah orang lain, aku masih kebingungan dalam dilema seorang lelaki(mungkin, sebab lelaki tak meluah) tetapi ini adalah cara aku, terpulang pada mereka ingin menganggap aku seperti apa. Kerana aku juga manusia, sudah aku ceritakan, mengadukan, melangitkan segala cerita pada Allah. Aku yakin ini akan jadi rujukan untuk diri aku di masa akan datang. membezakan aku yang dulu dan aku yang sekarang.     Penggantian kepada diari aku yang telah di bakar(video ada di insta...

Permulaan Sebuah Cerita

Bismillah ya Muhaimin ya Latif     Kisah yang Allah sendiri atur sejak diri aku belum dilahirkan, sesuai dengan doa yang pernah aku langitkan, mungkin aku tidak pandai meluah jadi setiap cerita adalah cara ku untuk meluahkan rasa, meletakkan emosi dalam cerita, kecewa, gembira, sedih, sakit, bahagia. Sentiasa mengharapkan Allah memakbulkan doa-doa itu mengikut Ilmu dan pengatahuan Allah. Pada awalnya terasa sakit dan sedih tetapi semakin kita menerima takdir  itu dengan redha di penghujungnya Allah siapkan hikmah yang besar.      Aku di sini masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita, kerana Allah maha karya cinta mengatur cerita cinta hamba-Nya yang bertakwa terlalu indah. Apa yang terjadi pada diri aku dahulu hanya sebuah pembelajaran untuk diri aku menemui jodoh yang Allah takdirkan, sekiranya aku tidak memalui proses pembelajaran diwaktu dahulu, pasti kali ini aku akan cepat berputus asa dan menyerah. Sering kali aku katakan, "Ya Allah jalan ini ...

Amalan membaca semakin pudar

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca blog ini. Pertama sekali saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang penceritaan saya ada yang menyinggung perasaan kalian. Minta maaf sangat-sangat sebelum segalanya terlambat utk saya ucapkan. Dari awal penceritaan saya sehingga kini ada yang dari saya sendiri dan juga ada sebilangan kecil dipetik dan di ambil dari majalah yang saya sendiri pernah baca suatu ketika dahulu, dan kini majalah yang dulunya ada sudah tiada pengeluaran lagi. Kemungkinan banyak yg sudah berpindah ke dalam majalah smart phone. helaian kertas kini sudah banyak yang di gantikan. dan saya sendiri sebagai pembaca terpukul dengan perubahan. Sumber rujukan hari ini "google kan ada" Saya sendiri yang hendak beralih ke era dunia hujung jari sangat mencabar kerana hanya dalam tempoh 8 tahun dari kepenggunaan saya sendiri sangat sukar utk fokus pada satu tajuk dalam telefon pintar. kita inginkan sedikit ilmu tetapi yang di berinya ...

Terpulang nak baca atau tidak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pembacaku sekalian.   Kali ini tidak tahu hendak bermula dari mana. sbb terlalu banyak yang saya fikirkan sampai segalanya bercelaru. Sejak memulakan internship bagi kursus VTO, saya cuba utk atasi masalah yang selalu timbul dalam fikiran sendiri, sebagai contoh :- 1> saya kene atasi kelemahan sendiri iaitu bercakap 2> perlu banyak belajar perkara baru 3> kadang tu persoalkan juga betulkah ini kerjaya saya. 4> bagaimana utk terus positif dalam tugas ini. 5> kita manusia kan? adakalanya nasihat sendiri kurang berkesan pada diri. 6> nak urus masalah peribadi dan masalah situasi kita. 7> nak share masalah dengan org lain pun 1 masalah juga. 8> perancangan masa depan, kerjaya, rumah, lokasi, pernikahan dan segala keperluan. 9> nak bela kucing tp mak pula x suka pula kucing dalam rumah, biar kat luar xpe. 10> nak share dengan org tua pun, balik balik kita pula yang bermasalah. 11> merangkumi semua di atas, tak ki...

IMBAS KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera agak lama juga saya sepi diam tanpa berita. sejak update kali terakhir entah bila pun saya tidak ingat. dalam tajuk kali ini mengisahkan tempoh terpanjang yang berkait dengan cerita ku pada tahun ini 2020. Hendak di ikutkan saya sudah lupa ape yang sudah terjadi dan tidak disengajakan ia terimbas kembali perbualan saya bersama pensyarah saya 6 tahun lepas. Seolah terngiang di fikiran tentang hal itu perbualan itu dan detik itu. saya tersenyum sendiri. bila sebut tentang imbas kembali bukan satu kisah sahaja yang dikenang, terselit berbagai kisah suka dan duka, yang pernah tercoret pada 6 tahun lalu. saya akan cerita satu persatu tanpa ikut turutan. mana yang terkenang akan di cerita sepintas lalu. subhanallah Otak kurniaan Allah pada manusia terlalu besar nilai simpanan sesuatu maklumat. dari 0 hinggalah tidak terhingga kuantiti simpanan.  Baiklah mari kita sambung cerita walaupun saya belum bercerita, kita masuk pada tajuk utama. Keutamaan Parut...