Panduan Memahami Pasangan

Anda mungkin antara wanita bertuah, cantik, berjaya dan hidup mewah kerana memiliki kerjaya hebat! Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahkan suami penyayang serta dilimpahi kemewahan. Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Hubungan dengan suami atau teman lelakiada ketikanya melalui fasa yang agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara. Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurang memahami suami atau teman lelaki atau mungkin, suami atau teman lelaki yang tidak faham naluri dan kehendak wanita.


Dalam hal ini, ada sesuatu harus dipelajari kedua-duanya untuk mencapai persefahaman.
Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan:


1. Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.


2. Wanita selalu sensitif kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.


3. Wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk!!


4. Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjerut perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak berusaha mahu memahami lelaki.


5. Lelaki tidak suka memunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan wanita harus menerima hakikat itu.


6. Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain  dan mudah ke arah 'mengata' dan 'mengutuk' jika dilayan kata_kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri daripada bercakap.


7. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.


8. Lelaki suka berdiam diri san tidak suka bising, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak prihatin terhadap anak dan isteri.


9. Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal, jika isteri atau teman wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan anda.


10.  Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.


11. Jangan terlalu bergantung pada suami atau teman lelaki pada perkara yang mampu anda lakulam sendiri, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami atau teman lelaki dengan tujuan si dia sentiaa berada di sisi mereka, ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.


12. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah peranagi mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.


13. Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan yang diberikan mereka, ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.


14. Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan karenah wanita sedemikian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Angin, Api, Air & Tanah