Rahsia Di Sebalik Warna Baju Lelaki
Tahukah anda, warna baju yang dipakai oleh lelaki sebenarnya mempunyai pelbagai maksud tersirat dan ia bukanlah sekadar warna biasa yang dilihat umum. Mari mengungkap rahsia di sebalik warna baju yang dipakai oleh golongan lelaki, ingin mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca...
Baju warna Merah
Melambangkan sikap dominant, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut dikatakan mempunyai sexual energy yang tinggi.
Baju warna Merah Jambu
Mat jambu? Hehehe... mana ada lelaki yang suka digelar begitu, kalau ada pasangan anda yang suka pakai warna ini, mungkin dia nak mencerminkan attitudenya yang bagus, tenang dan mempunyai kesihatan yang baik (pink of health). Tapi tidak semuanya tepat!
Baju warna Hitam
Biasanya lelaki yang suka pakai warna ini, seorang yang gemar bergaya elegen, mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh. Kalau warna ini dikenakan dengan kemas , ia membayangimej yang rapi, simple tapi versatile! Tapi, lelaki yang suka memakai baju berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapapun!
Baju warna Putih
Pakaian putih memberi maksud bersih, suci, dan tidak tercemar. Ada juga yang mengatakan warna ini mencerminkan si pemakainya mempunyai status sosial yang tinggi kerana ia nampak mahal dan mungkin juga warna putih yang sukar dijaga.
Baju warna Biru
Menegaskan sikap pemakai yang boleh dipercayai dan mudah mesra. Warna ini boleh mengubah penampilan si pemakainya kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnya! Lelaki yang suka menggayakan warna ini juga dikatakan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak suka bergaduh dan sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangannya!
Baju warna Kuning
Amat merangsang visual dan pemikiran! Lelaki yang gemar memakai warna ini dikatakan cupa memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.
Baju warna Hijau
Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang tenang dan relaks dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal_hal kewangan!
Baju warna Coklat
Warna ini pernah dikaitkan dengan gaya tidak formal suatu masa dahulu, tapi sekarang tidak lagi! Ianya menjadi warna alternatif untuk ke pejabat selain warna hidam, putih dan kelabu. Lelaki yang suka memakai pakaian berwarna coklat adalah seorang yang penyabar, tidak suka cakap besar, matang dan bertanggungjawab disamping selalu merendah diri.
Baju warna Kelabu
Warna kelabu mudah disuaipadankan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijaksana dan tegas! Tapi, golongan ini turut dikatakan tidak pandai membuat keputusan.
Baju warna Burgundy
Dikaitkan dengan 'passion' dan semangat yang tinggi, ia juga turut dianggap warna yang mewakili status tinggi serta lambang kemewahan.

Ulasan
Catat Ulasan